Sunday, April 22, 2012

let diet again.. ^_^

assalamualaikum...

jom kentalkan semangat untuk memulakan diet... jangan putus asa walaupun x menjadi.. jom jom.. ^_^



insyaAllah dengan usaha,doa dan tawakal akan berjaya juga.. yang utama sabar... so... tomorrow i will induction back.. hopefull berjaya...

Saturday, April 14, 2012

terkantoi sudaaaaaaa....

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

sorry kawan2 amat susah untuk mendisiplin kan diri... memang aku menagis meraug2 semalam.. ingat arini nak re-induction balik tapi x dapat la bz sangat kat butik sampai x sempat nak masak.. so, makan je la apa yg ada.. i hate my self!!! :(

al-konon muka x bersalah...


khamis nnti akan ada cabaran lagi.. bukan setakat cabaran, dugaan dan rintangan macam mna nak harungi khamis,jumaat,sabtu ni... khamis nnti pi pasang pelamin... takot sesangat tuan rumah ajak makan makanan yg berkarbo seperti nasi ke ape ke kan.. tapi x pe la... try dulu.. slow2 pelan2 takkan nak jadi teruskan.. mmm.. selamat beratkins ye kawan2... :)

Thursday, April 12, 2012

Induction: 5 day in atkins diet 12/4/2012

haiiii haiiii haiiii...

syukur Alhamdulillah dah 5 hari in atkins... bukan senang tau... saye rasa dalam kampung dan kampung2 sebelah saye je yang amalkan diet ni... hari2 hubby makan nasi+air manis+etc... cabaran... nak2 sekarang ada roti gardenia delicia choco raisin terkulai layu depan mata.. mintak simpati.. hadoiiii.. macam2.. tapi alhamdulillah still lagi cekal in track.. :) 9 days to gooooo... cayokkkkkkk..

menu hari ini:-

breakfast

- 4 gelas air masak
- 2 biji telur separuh masak

Lunch

- 1.5 L air
- 1 ketul peha ayam goreng
- 1 ketul kepak ayam goreng
- 1 ketul kaki ayam goreng
- 1 ketul hati ayam goreng
- 1 ketul pedal ayam

Dinner

- 1.5 L air
- 2 ekor ikan goreng

dua tiga hari ni teringat pizza hut la kengkawan :( harap la dapat bersabar.. lagi 25 days to go cheat day.. :(

Wednesday, April 11, 2012

Induction: 4 day in atkins diet 11/4/2012

haluuuuu haluuuu.. :)

Alhamdulillah sudah 4 hari beratkins... 10 days to go.. cayokkkkk cayokkk... hari ni agak mencabar coz hubby ada kat umah.. cuti am sempena Pertabalan Agong.. breakfast hubby nasi lemak kegemaran ku.. :( sedangkan aku telan 2 biji telur separuh masak je.. hukhukhuk... airnya pula neslo ais plk.. aduhhh.. menusuk jantungku...
Lunch hubby plk nasi ayam.. pehhhh... sangat2 jeles... :( tapi alhamdulillah di permudahkan segalanya dan godaan itu ku tepis sehabis boleh.. :) dinner hubby nasi+ikan goreng+brokoli goreng haku masak tau.. hikhikhik...

menu atkins hari ini:-

breakfast

- air suam 5 gelas(hurrayyyyyy... dapat gak habiskan 5 gelas... capai target hari ni... esok x tahu lagi la)
- 2 biji telur separuh masak (seperti biasa)

Lunch

- 1.3 L air masak
- 1ketul ayam goreng (bahagian isi)
- 1 ketul ayam dimasak sup (bahagian isi)
- 1 ketul leher ayam di masak sup
- 1 biji telur burung puyuh (makan sebelum masak coz dah lapar sangat)

dinner

- 1.5 L air masak
- 1 gelas green tea ais(besttt)
- 1.5 ekor ikan goreng (1/2 ekor lagi hubby rembat :( kejam)
- 1/2 mangkuk brokoli goreng

aktiviti

- cuci baju pakai tangan 5 helai.. x pasti plk brapa minit
- jogging dgn hubby 30 minit
- mendaki bukit besar 30 minit
- memasak 30 minit

sekian.. today.. :)

Induction: 3 day in atkins diet 10/4/2012

haluuu haluuu haluuu...

aissssshhhhh.. pehal ni post semalam x der.. :( xpe la saye taip balik yep... alhamdulillah semuanya berjalan lancar semalam.... suka2...

menu:-

breakfast

- air suam 4 gelas
- 2 biji telur separuh masak

lunch

- 2 biji telur burung puyuh
- 3 ketul ayam goreng halia
- 1/2 mangkuk brokoli goreng
- 1.5 L air masak

dinner

-1.5 L air masak
- 2 ekor ikan goreng
- 1/2 sayur air kangkung

aktiviti:-

-memasak 40 minit
-berjogging 30 minit
- mendaki bukit besar 30 minit

sekian, hari semalam.. :)

Monday, April 9, 2012

Induction: 2 day in atkins diet 9/4/2012

haluuuuu haluuuu....

alhamdulillah hari ini in induction atkins lagi.. heheheh... 12 days to go to khatam induction.. mmm.. lama lagi la tu.. insyaAllah akan ok ok je pas ni.. :)

menu hari ni:-

breakfast

4 gelas air suam(naik sebu dibuatnye... weeekkkkk... )
2 biji telur separuh masak. yummmm yummmmm
(copy dari post semalam.. hihi)

lunch

1 botol air putih 1.5 L
2 ketul ayam goreng halia.. (best coz x masin)
1 ketul leher ayam
2 biji telur burung puyuh

dinner(kite makan banyak cikit arini..)

1 botol air putih 1.5 L
1/2 ketul sayap ayam
2 ketul kaki ayam
1 ketul dada ayam.. saiz sederhana
1/2 mangkuk brokoli goreng(brokoli cikit je tapi ayam dalam sayur tu besau2 dan banyak plk tu)

aktiviti hari ini
- memasak 45 minit
-jogging 30 minit
-mendaki bukit besar 30 minit
-cuci pingan 10 minit

hari ini betis kiri saya terasa crem.. mungkin disebabkan proses ketosis bakal bermula.. agak sakit dibahagian lutut.. nnti kite sapu minyak panas sebelum tidur... ohkey la.. saye pon dah nak tdur ni coz kualiti tidur juga di ambil kira... so jom kita sama2 berdoa hari esok lebih baik dari hari ini... jika diizinkan tuhan, pagi esok mau berspeda selama 2 jam... harap2 la x hujan dan x bangun lambat.. :) nawaitu tu penting tau... :)

okay.. sawadikap.......

Sunday, April 8, 2012

Induction: 1 day in atkins diet 8/4/2012

yuhuuuuu...

alhamdulillah syukur kepada Allah kerana di permudahkan segalanya.. ^_^ mood agak happy coz dapat melalui hari ni... actually kawan2 tiga minggu sebelum saye mulakan balik atkins diet ni saya mengamalkan diet calori... sedikit sebanyak diet calori dapat membantu saya menghilangkan rasa ketagih pada air manis... saya juga terbiasa makan sedikit tetapi kerap.. Alhamdulillah air putih juga saya dapat habiskan sekurang2nya 2.5 botol 1.5 L air masak... selama 3 minggu berturut2 saya jogging setiap hari.. ada peningkatan turun 2 kg.. Alhamdulillah..

menu hari ini:-

breakfast

4 gelas air suam(naik sebu dibuatnye... weeekkkkk... )
2 biji telur separuh masak. yummmm yummmmm
10 ketul ayam yang dipotong dadu(kecik je ayamnye coz rembat adik punya sup ayam... hihihi)

lunch

1 botol air putih 1.5 L
1 ketul peha ayam goreng (masinnn ooooo.... hihihi.... silap letak garam) x sedap :(
1 ketul hati ayam goreng
1 ketul pedal ayam goreng
10 ketul ayam yang dipotong dadu(yg ni mak kasi tapau)

dinner

1 botol air putih 1.5 L
1 ketul sayap ayam goreng(yang ni x habis masa lunch tadi)
dinner makan cikit je coz perut terbiasa dah makan cikit masa amalkan diet kalori.. hehe..

berat latest: 50.6kg
tinggi: 152inci

target: 44kg

Friday, January 13, 2012

atkins diet

assalamualaikum u olllsss....

u olllsss...

ade yang make wonders ke atkins diet tu apo? binatang ke? ehhhh????? bagi yang tahu seram x???? saye seram ooooo.... hheheh.. kenapa? jap lagi saye citer yer... ok.. buat intro ni saye akan bagi sikit la pengenalan ape itu atkins diet yep...

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.


Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.


Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.


Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction


ape erk yang korang leh makan kalu nak amal diet ni??? nak tau jom tgok...


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...

Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !


InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...fuyoh!

best giler when i can eat what i want.. u oolllsss x percaya???? silakan percaya hokeh... jadi meh citer pulak ape yg kita x blh makan time amalkan diet ni... yang ni buat hatiku gundah gelana menderita bila fikirkan semua ni... oh mengapa orang yang terlebih lemak macam kiterrr ni terpaksa menderita...???? kejam!!! sadis!!!

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan


5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


actually kan u olllsss saye kan leh elakkan x makan nasi or semua la dalam pantang larang ni.. tapi kannnn tapi kannn susah sangat saya nak elak kan kentang goreng dan milo peng A.K.A ais milo.. mmmm... susah tau u olllsss... sedih tau u olllsss...


bukan saye x pernah pon amalkan diet ni.. paling lama 1 minggu x silap.. dapat turun 3kg tau... tapi sob sob sob... bukan senang tau... tapi insyaAllah mulai sekarang saye cuba la tuk jadi kurus cam dulu... usaha tu penting kan... so esok saye update la ye ape yg saye makan.. hope menjadi la kali ni.. bukan ape.. x selesa la bila over weight... mmm....


so.... disini sajalah... xlarat suda untuk taip panjang2... separuh dari entry ni saye copy dari http://www.taknakgemuk.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html heheheh..